mmmm..akhirnya setelah sekian lama duk makan kat luar je tiap kali nk bersizzling atau berclaypot..berjaya gak masak sendiri..rasa?not bad;)..puas hati sbb masak sendiri..special tq to beloved hubby..dia yg tukang masak sizzling tu..sy prepare kuah n bahan2 je;)
so..kalau saya pun bley buat..anda pun bley;)..tgk ingredients kat bawah ye;)
1 peket yee mee(x guna abis 1 peket pun;)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos lada hitam(nk lg best serbuk lada hitam)
2 sudu kicap pekat
isi ayam
cendawan shitake
3cm halia
3 biji bawang putih
1 sudu tepung jagung(bancuh dgn air)
telur
sawi/pak choy(lagi sedap;))
minyak untuk menumis
garam n gula secukup rasa
*sos tiram,sos lada hitam n kicap pekat boleh adjust ikut bp org per serving ye;)
Cara-caranya:
Kuah
1. Tumiskan bawang putih dan halia yang telah dimayang halus sampai naik bau.
2. Masukkan isi ayam.
3. Agak2 isi ayam nk empuk masukkan 2 mgkk kecil air.
4. Kemudian masukkan sos tiram,sos lada hitam dan kicap pekat dan cendawan. Biarkan mendidih.
5. Apabila dah mendidih n cendawan pun dah lembut,masukkan tepung jagung.Kacau dan jgn biarkan tepung jagung berketul:)
Hot plate yee mee
1. Tuang sedikit minyak dan masukkan yee mee ke dalam kuali/hot plate.
2. Tuang kuah yang telah dimasak tadi ke dalam hot plate.
3. Masukkan sayur dan sebiji telur.Biarkan sehingga masak;)
Done!Selamat mencuba;)
No comments:
Post a Comment